13 August 2016

UMNO tanya DAP jawab, hangpa nilai sendiri...


UMNO tuduh wujud diskriminasi terhadap ahli UMNO...

Ketua UMNO Bahagian Jelutong, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mendesak Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi menjawab dakwaan kononnya beliau mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) agar tidak meluluskan permohonan tukar syarat kegunaan bangunan dari pejabat ke hotel kerana pemilik Maritim Waterfront Hotel adalah seorang ahli UMNO.

Jelasnya, sekiranya dakwaan ini benar maka ia jelas membuktikan Dap memang mengamalkan diskriminasi sehingga menghalang rakyat untuk mencari rezeki.

“Kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO selama ini tidak pernah memilih bulu tetapi kepimpinan Dap memang jelas tiada ketelusan… ia bukan sekadar isu ini malah peniaga-peniaga kecil Melayu juga sering menjadi mangsa ketidakadilan Dap.

“Mereka sering mengatakan Dap ini telus dan jika benar mereka mengamalkan ketelusan maka saya mendesak Jeff Ooi untuk memberi penjelasan terhadap dakwaan ini. Adakah hanya kerana pemilik hotel berkenaan ahli UMNO maka dia tidak layak untuk mencari makan di negeri ini. Adakah hanya orang Dap yang boleh berniaga di negeri ini…? - PenangKini

13886476_1171781926197467_3369505469740312505_n
Jeff Ooi jawab tuduhan UMNO Pulau Pinang...

Maritim Waterfront Suites di Persiaran Karpal Singh dekat Jelutong yang dimiliki ahli perniagaan UMNO sebenarnya didakwa beroperasi tanpa lesen yang sah sejak Jun 2015, dedah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Maritim Waterfront Suites Sdn Bhd, syarikat pengendali hotel terbabit hanya memohon lesen sementara daripada MBPP pada 1 November tahun lalu dan diluluskan pada tarikh yang sama dan sah sehingga 31 Oktober tahun ini.

Pada 21 Ogos 2015, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPP telah mengeluarkan surat pemberitahuan kepada syarikat terbabit bahawa kerja-kerja pengubahsuaian bangunan dijalankan tanpa kelulusan yang sah.

Malah, permohonan pemaju hotel berkenaan, Jelutong Development Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat IJM Group untuk mengubah syarat kegunaan bangunan daripada pejabat komersial ke hotel pada 23 September 2015 telah ditolak MBPP.

Pun begitu, Ketua UMNO bahagian Jelutong, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dilaporkan media telah mendakawa bahawa kononnya Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi telah mengarahkan MBPP untuk tidak meluluskan permohonan tersebut.

Menurut Abdul Razak, alasan Jeff ialah pemilik Maritim Waterfront Suites’ adalah seorang ahli UMNO.

Dihubungi Roketkini, Jeff Ooi bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu kerana menurutnya hal tersebut kini sedang berhadapan kes saman di mahkamah.

Maritim Waterfront Suites Sdn Bhd sedang berhadapan saman oleh tiga pembeli yang terjejas ekoran daripada pendedahan MBPP itu. Kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Low Ai Lee, Loke Wooi Pin and Inspira Chaya Sdn Bhd menamakan Waterfront Suites Sdn Bhd (“Maritime Waterfront”) sebagai Defendan 1 dan Badan Pengurusan Bernama Maritime (“JMB”), sebagai Defendan 2.

“Kes ini telah masuk makamah. Sub judis dan menghina mahkamah kalau saya komen,” katanya ringkas. – Roketkini.com

Campur Tangan Asing...

Isu campur tangan asing kini dihebohkan oleh media tempatan dan ahli politik. Campur tangan asing memang wujud dalam politik antarabangsa. Di rantau Asean, campur tangan asing pernah berlaku di Indonesia, Filippina dan Vietnam. Bukan saja di Asia Tenggara, malah seluruh dunia pernah mengalami campur tangan asing. Afghanistan menjadi mangsa dua kuasa besar : Soviet Union pada 1979 and Amerika Syarikat serta NATO pada 2001. Iraq, Syria dan Libya juga menjadi sasaran Amerika  Syarikat. 

Sejarah juga  mencatatkan campur tangan asing di Afrika dan Amerika Latin. Kesemua negara ini memberi bukti akan campur tangan asing di setiap benua. Persoalannya, adakah terdapat campur tangan asing di Malaysia?

Campur tangan asing paling jelas berlaku di Malaysia sewaktu krisis ekonomi 1998. Ketika itu, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mahu mengikut telunjuk IMF. Beliau sering mengkritik kuasa besar berdasarkan prinsip kedaulatan dan kemerdekaan. Maka pihak asing yang dibantu oleh individu dan kumpulan tertentu dalam negara  cuba menggulingkan Dr.Mahathir.  Tetapi mereka gagal.

Kali ini isu 1MDB dihebohkan sebagai campur tangan asing. Benarkan tuduhan ini? 

Pengumuman berkenaan 1MDB oleh Jabatan  Keadilan Amerika Syarikat  menerusi  Peguam Negaranya dituduh sebagai campur  tangan asing dalam urusan negara kita. Benarkah begitu?

Tuntutan Peguam Negara Amerika Syarikat adalah berkaitan  pembelian aset di dalam negara itu oleh individu tertentu yang disyakki menggunakan wang yang diperolehi secara tidak sah dari 1MDB.

Seterusnya, mengikut prosedur penyiasatan undang-undang mereka,  Amerika Syarikat mengambil tindakan untuk membekukan aset-aset kepunyaan individu-individu tertentu itu yang terletak di Amerika Syarikat. Jadi bagaimanakah tindakan Amerika Syarikat terhadap aset-aset dalam negara mereka kepunyaan beberapa individu tertentu boleh ditafsirkan sebagai campur tangan dalam urusan kerajaan Malaysia di Putrajaya? 

Kita juga perlu meneliti asas penyiasatan 1MDB pada dasarnya. Kita perlu perhatikan lima perkara utama. 

Pertama, siasatan 1MDB telah dimulakan oleh Bank Negara Malaysia pada 2011 kerana berlaku pengaliran wang ke luar negara oleh syarikat ini yang meragukan Bank Negara.  Maka siasatan ini telah dimulakan oleh Bank Negara Malaysia sendiri sejak 2011 dan bukan oleh sebarang  kuasa asing. 



Keduanya,  pada awal 2015, beberapa badan penyiasat Kerajaan Malaysia yang lain turut memulakan  siasatan terhadap 1MDB.  Antaranya ialah... 

- Pejabat Peguam Negara
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan 
- Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Ketiga badan berkuasa ini bersama dengan Bank Negara telah  menubuhkan satu pasukan petugas khas (Task Force) untuk menyiasat 1MDB atas dasar wujudnya keraguan  terhadap pengaliran wang, pelaburan dan hubungan dengan badan-badan kewangan lain di luar negara.

Seterusnya, Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Parlimen juga memulakan siasatan pada Mei 2015.   

Sebelum itu pada Mac 2015, Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan Ketua Audit Negara memulakan  proses audit terhadap 1MDB. 

Semua ini membuktikan bahawa langsung tiada campur tangan asing dalam siasatan kes 1MDB ini. 

Kecuali  PDRM, SPRM, BNM, Task Force, PAC, Ketua Audit Negara dan Perdana Menteri sendiri semuanya mengikut arahan kuasa asing, perkara yang mustahil dan tidak masuk akal.

Keempat ialah ahli parlimen dan ahli politik yang telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap 1MDB sejak tahun 2014. Ahli parlimen  pembangkang dan juga pemimpin politik pertengahan UMNO (contohnya Naib Ketua bahagian Batu Kawan)  telah membangkitkan isu ini. Akibatnya Dato Khairuddin Hasan dipecat dari UMNO. 

Perlu kita ingat bahawa individu-individu yang mula bersuara tentang 1MDB adalah pemimpin tempatan serta pemimpin Kerajaan sendiri, dan bukannya komplot dari luar negara.

Kelima skandal 1MDB  ini telah didedahkan oleh media tempatan. Edge Weekly dan Edge Daily mendedahkan butir-butir pengaliran wang, pihak yang terlibat dan sebagainya.  The Edge adalah akhbar tempatan dan sama sekali tidak terlibat sebarang campur  tangan negara asing. 

OSTB : Dan satu lagi soalan besar yang harus dijawab ialah kenapa tidak ada sebarang tuduhan campur tangan asing dilemparkan terhadap The Edge, Dato Khairuddin Hassan atau sesiapa pun SEBELUM Peguam Negara Amerika Syarikat membuat kenyataan media pada Julai lalu ? Ataupun bila BNM, SPRM, PDRM, Task Force, Ketua Audit Negara dan PAC memulakan siasatan mereka sejak 2011 (BNM) ?

Kelima perkara ini membuktikan dengan jelas bahawa isu 1MDB telah mendapat perhatian awal dari dalam Malaysia  sendiri tanpa campur tangan sebarang kuasa asing. 

1MDB sebenarnya mencermnkan kegagalan kita menjalankan siasatan yang sempurna dan kegagalan kita mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 

Keadaan bertambah buruk dengan pemecatan dan pengguguran mereka yang lantang bersuara dan ikhlas mencari kebenaran

Ramai yang telah disingkirkan antaranya Timbalan Perdana Menteri, seorang Menteri Besar dan beberapa orang penting dalam pasukan penyiasatan 1MDB. PAC tidak berfungsi beberapa bulan apabila pengerusi dan anggotanya "dilantik" memasuki anggota pentadbiran

Kes 1MDB aneh sebab skandal kewangan telah dihebohkan selama 2 tahun tetapi  tiada sesiapa pun didakwa atau diambil tindakan undang-undang. Segala usaha seolah-olah cuba digagalkan. Kenapa ini berlaku? 

Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana ada pihak yang tidak mahu  kebenaran dibongkarkan. Kebenaran disembunyikan bagi melindungi individu tertentu dan selagi mereka memastikan kepentingan politik mereka selamat, selama itulah kebenaran tidak akan didedahkan.



Lain sungguh keadaannya di luar negara. DI Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat, tindakan telah diambil sebaik sahaja mereka mengesan jenayah mengubah wang secara haram (money laundering) dalam pengaliran wang mereka. Untuk menjaga nama mereka sebagai pusat kewangan antarabangsa, mereka perlu bertindak untuk menjaga integriti sistem kewangan negara mereka.

Kita tidak boleh nafikan bahawa hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat jauh lebih baikdaripada dulu. Perdana Menteri Najib Razak merupakan Perdana Menteri yang paling rapat dengan  Washington dan Barat sejak allahyarham Tunku Abdul Rahman. Najib jarang mengkritik dasar luar Amerika Syarikat jika dibandingkan dengan Tun Mahathir.   

Pada hal Obama sudah melawat Malaysia dua kali dalam tempoh dua tahun dan bermain golf dengan Najib di Hawaii.  Kita tidak tuduh Amerika campur tangan dalam urusan negara kita sewaktu Najib bermain golf dengan Obama.

Ini bermakna tiada sebab Amerika Syarikat menjadikan Malaysia sebagai sasaran dalam menangani kes berkaitan 1MDB.  

Kegagalan kita sendiri untuk bercakap benar dan menegakkan keadilan undang-undang yang membuka jalan kepada Peguam Negara Amerika Syarikat bertindak secara betul dan mengikut lunas undang-undang yang dipersetujui antabangsa. 

1MDB bukan isu campur tangan asing.  Sebaliknya 1MDB melibatkan integriti, amanah, prinsip dan tanggungjawab kepimpinan. - OSTB

(The above is originally written by Dr Chandra Muzaffar. I have truncated plenty and rewritten plenty for brevity. Also added what I consider to be some oomph.But the gist is there.-OSTB)

Let us hear you rebut Dr M piece-by-piece in debate...

Zaid Ibrahim has called on Prime Minister Najib Abdul Razak to accept Dr Mahathir Mohamad’s challenge to a televised debate.

"Why is Najib afraid to have a debate with Tun M (Mahathir)?" asked the former law minister.

"I thought he was always relaxed and confident of his case. That's what he told (former deputy prime minister) Tun Musa (Hitam) and others close to him.

"So lets us ordinary Malaysians hear the PM rebut Tun M piece-by-piece," he tweeted.

In his book titled ‘Frankly Speaking’ launched yesterday, Musa said he was among the first to ask Najib to go on leave in order to facilitate investigations when news of the 1MDB imbroglio broke.

A week later, Musa said, the prime minister, in a telephone conversation, somewhat teased him, saying, "I am still not on leave."

The former deputy prime minister said he had the impression that Najib was in control of the situation and expressed confidence of overcoming the crisis.



Meanwhile, Zaid also commented on Najib's latest salvo against Mahathir, where he also noted how the former premier, like himself, was accused of numerous misdeeds during his tenure.

"Without the debate, Najib can say anything he wants about Mahathir, but he will always be remembered as the PM with billions in his account," he said.

In a blog post today, the prime minister said Mahathir was accused of corruption, abuse of power and even as the "head of thieves" by those with whom he is collaborating with now.

On Wednesday, Mahathir, who has been hospitalised for chest infection, challenged Najib to a televised debate about governance in Malaysia, following the latter’s remarks accusing him of trying to boss the prime minister around.

"I am old now. But Allah be praised, I am not senile. I will gladly accept an open debate with Najib with live audience and on live telecast. The debate should be on governing a country.

"I may lose. Cash may win. It is for Malaysians to evaluate, not TV3 or the NST or my own known supporters," said the 91-year-old former premier in a blog post.- mk

2062
There Are Worse Things Than Pokémon GO To Worry About...

The Kedah Fatwa Council declared it haram. Meanwhile, the Federal Territories mufti urged Muslims to avoid it. Yep, we're talking about the game that's sweeping the nation right now - Pokémon GO.

Well, Perlis mufti Dr. Mohd Asri Zainul Abidin doesn't get why so much weight is put on discussing whether or not Pokémon GO is haram or not when there are more serious and problematic issues to talk about.

"I would like to emphasise that whatever act that dumbs down or harms one's life or others' is prohibited in the noble and dignified religion of Islam. Whatever act that invites stupidity and harm should be forbidden," Dr. Asri, who is commonly known as Dr. Maza, wrote on his Facebook page. 


He added, "However, in this country, it's not just Pokémon GO that courts stupidity and danger, but there are many other issues that are a lot more problematic towards ourselves, others, the country, and its people." 

In fact, according to Asri, some of those issues - such as smoking and corruption - could potentially "destroy the future generations and the nation" and is beyond anyone's individual control, unlike Pokémon GO

"The stupidity and harm brought by Pokémon GO can perhaps be controlled, but other harmful and stupefying matters are more difficult to curtail," he said. 

"I find it strange that someone who smokes in public can speak of the dangers of Pokémon GO, whereas smoking has been ruining lives for a long time," he added.



"It's the same thing when someone who misuses public property is incessantly talking about the game while ignoring the game of misappropriation and bad governance that is destroying the country."

He did, however, stress that one shouldn't be playing the game if it endangers themselves and every one else

"Don't be so engrossed in the game that we forget everything else around us, and don't be too engrossed in discussing whether or not Pokemon Go is permissible that we forget the graver dangers around us and existing matters which further dumb us down," he wrote.- says.com



Lagi cepat lagi bagus...


cheers.

No comments: