09 August 2016

Wow...Tuan Ibrahim lebih jantan daripada Najib...


SarawakReport mendedahkan bahawa kepimpinan tertinggi PAS telah mendapat DEDAK sebanyak RM 90,000,000.00 atau RM 90 juta dari Malaysian Official 1, jika di lihat kepada sokongan padu beberapa kepimpinan tertinggi PAS terhadap MO1, ianya agak pelik kebelakangan ini.

Persoalan mula timbul siapakah yang mendapat DEDAK hasil kecurian wang rakyat sebanyak RM 50,000,000,000.00 itu? Adakah UO1 atau Ulamak Official 1 atau  MO1 atau Malaysian Official ? Hanya sekadar bertanya, takkan tanya punya salah?

Dulu hingga Husam dipecat beliau pernah beritahu ada pimpinan PAS dapat dedak dari UMNO. Tapi pimpinan PAS tak nak jawab, mereka buat tuduhan lain pula kepada Dato Husam dan dia dipecat dari Parti. 

Jika baca pertuduhan yang dikenakan kepada Husam tak bangkit pula pasal dedak dari UMNO, memang pimpinan PAS tak mahu jawab.

Kali ini Sarawak Report pula lapor perkara yang sama, cuma esok Selasa hari Tuan Ibrahim Tuan Man nak saman Sarawak Report. Dah lama perkara ni berkitar dalam alam maya tapi kali ini baru nak saman.


http://mk-cdn.mkini.net/1028/68d09d8cc0e4decd965c81f6d2964604.jpg

Sementara itu, editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

Ini selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man awal hari ini menyangkal dakwaan itu yang disiarkan dalam sebuah ulasan dalam Sarawak Report Sabtu lepas.

Bagaimanapun, Brown berkata, dia melaporkan kecurigaan seperti terkandung dalam laman web itu dan menegaskan dakwaan itu memang telah meluas.

"PAS tidak patut menyalahtafsirkan saya, walaupun mereka bukan ahli-ahli politik pertama yang mengecam perkara-perkara yang sebenarnya tidak seperti diperkatakan.

"Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, sejak beberapa rakyat Malaysia bertalian rapat dengan orang ternama telah memerhatikan perkara ini kepada saya.

"Mengapa PAS bayangkan sebaliknya?


"Ia adalah apabila PAS tiba-tiba mesra kepada sebuah parti seperti Umno yang diketuai presiden 'King Of Cash' seperti ramai dalam PAS memberikan amaran.

"Najib dikenali dunia kerana korup dan telah membuat pembayaran jumlah yang besar kepada sekutu utama yang berbeza politik dengannya.

"Jadi sesiapa yang tiba-tiba menjadi rapat mesti menerima syak wasangka menyusul akan timbul," dia memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau berkata, walaupun pemimpin PAS mungkin didorong oleh sebab agama, mereka telah 'menyekutukan' diri mereka dengan 'pencuri yang dikenali' .

Najib, yang berada tengah-tengah skandal 1MDB, secara konsisten menafikan salah laku dan sebelum ini dibebaskan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali.


Sarawak Report mendakwa di dalam ulasannya pada Sabtu:

"Dia (Najib) 'menarik' PAS jauh daripada pakatan pembangkang sama seperti cara biasa dilakukannya - RM90 juta didakwa secara meluas mengalir kepada pemimpin atasan PAS sejak beberapa bulan lalu."

Tuan Ibrahim berkata dakwaan bahawa pemimpin PAS telah menerima RM90 juta daripada Najib adalah palsu, dan parti itu bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan tersebut. - mk

Benarkah ada pemimpin Pas terima RM90 juta?


RM90 million for PAS’ claim a widespread suspicion, says S’wak Report...

Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown has clarified that the claim that Prime Minister Najib Abdul Razak had wooed PAS with RM90 million was merely a "widespread suspicion".

This is after PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man earlier today cried foul over the allegation, which was published in a commentary on Sarawak Report last Saturday.

However, Brown said she reported the suspicion as such on her website, and insisted that such allegations had indeed been widespread.

“PAS ought not misquote me, although they will not be the first politicians to indulge in denouncing things that have not actually been said […]

“I can testify that view is indeed widespread, since several well-connected Malaysians have observed this reckoning to me. Why would PAS imagine otherwise? It is what comes of suddenly cosying up to a party like the present Umno led by the 'King of Cash', as many within PAS have warned it would.

“Najib is world-famously corrupt and has made the payments of large sums to key allies his distinguishing political feature.

“So anyone who suddenly gets close must accept that suspicion will follow,” she told Malaysiakini when contacted.

She said that while PAS leaders may have been motivated only by religious reason, they have associated themselves with ‘a known thief’ in doing so.

Najib, who had been at the centre of the 1MDB scandal, has consistently denied wrongdoing and was previously exonerated by attorney-general Mohd Apandi Ali.

Sarawak Report had claimed in its commentary on Saturday:

“He (Najib) has gone on to ‘woo’ the PAS Islamic party away from the opposition coalition in the normal way he woos – RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months.”

Tuan Ibrahim said the claim that PAS leaders had received RM90 million from Najib is false, and the party intends to take legal action over the allegation.- mk

Gomen OK naikkan harga gula 30%...
Story kat SINI dan SINI  

Image may contain: drink
Now you know why you have to pay RM 2.40 for a glass of Kopi O at your coffee shop. 
I paid 10 cents for the same glass of  Kopi O in the 70's...


cheers.

No comments: