21 June 2017

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?...

Image result for najib n hadi

Bagi saya PAS sedang dalam krisis keyakinan terhadap peranannya dalam siasah politik negara. Ustaz-ustaz dan lebai-lebai PAS selama ini dilatih untuk berhujah menggunakan lojik dan retorik mereka tanpa rasa peduli dan memahami ranah politik demokrasi sekular yang bersimpang siur ini.

Apabila hujah-hujah politik mereka gagal meyakinkan masyarakat, mereka mula merasa terancam. Mereka merasa Islam mereka terancam, akidah mereka terancam dan bangsa mereka terancam.

Bagi saya, perasaan terancam ini bukan kerana politik sekular ingin menelan agama mereka, tetapi kerana ketidakmampuan mereka menawarkan penyelesaian politik dasar kepada satu bangsa yang sedang berkembang daya fikirnya.

Bermakna, ini bukan masalah kelemahan Islam, kelemahan Melayu atau kejahatan orang kafir, sebaliknya ini adalah masalah ketidakmampuan intelek lebai-lebai PAS untuk menghadam perkembangan politik semasa.

Kita melihat bagaimana lebai-lebai PAS ini merasakan dengan gaya Islam PAS, atau dengan slogan Islam PAS, atau imej Islam PAS, maka semua ini akan membolehkan masalah rakyat, masalah pengangkutan awam, pengangguran, Felda, GST atau korupsi dan sebagainya dapat diselesaikan dengan begitu mudah.

Sebagai contoh, suatu waktu dulu kita dapat lihat bagaimana Galileo Galilei membuktikan teori bahawa dunia ini bulat telah dikecam hebat di tengah-tengah hujah paderi gereja yang menyatakan Galileo ini murtad dengan teori beliau itu.

Galileo membuktikan dengan berlayar naik kapal dan mencipta teleskop untuk melihat ruang angkasa. Berbanding hujah paderi-paderi ketika itu hanya dengan bersandarkan ayat-ayat Tuhan tanpa membuat penyelidikan sebagai proses memahami wahyu Tuhan.

Di dunia Islam begitu juga, kita mengetahui bagaimana ramainya tokoh-tokoh ilmuwan Islam meneroka bumi hingga boleh mencipta jalan dan peta dunia seperti Ibnu Batutta. Mereka bukan sekadar menggunakan ayat-ayat Tuhan untuk memahami alam dan berdakwah, sebaliknya turun padang dan mengkaji dan memahami semua itu untuk merungkai masalah dan rahsia alam.

Hari ini, inilah yang sedang berlaku dalam PAS sepertimana yang berlaku di gereja-gereja di zaman gelap (Dark Ages). Mereka enggan turun, lihat, memahami dan berbincang tentang masalah rakyat, masalah korupsi, GST dsb sebagai menyahut seruan ayat-ayat Tuhan untuk turun mendampingi masalah rakyat.

Sebaliknya, lebai-lebai PAS ini seronok beretorik dengan bermain dengan ayat-ayat Tuhan untuk membuktikan mereka ada penyelesaian yang sangat mudah. Ayat-ayat Tuhan juga digunakan untuk menutup ketidakyakinan mereka pada diri mereka pada masa yang sama, dapat membendung kritikan rakyat kepada mereka. PAS menolak untuk mengakui kelemahan mereka, sebaliknya menyalahkan bangsa dan orang lain.


Image result for pas talian hayat umno
Talian Hayat

Atas ketidakyakinan inilah, mereka memerlukan talian hayat untuk dilihat relevan dalam siasah politik negara. Umno hari ini satu-satunya parti yang sangat berkuasa dengan dana yang tidak kering, tetapi ironinya mereka berada dalam kedudukan yang paling lemah atas faktor kepimpinannya. Ini membolehkan PAS bekerjasama untuk memastikan kelangsungan survival politik kedua mereka.

Umno ini parti yang dianggotai oleh majoriti Melayu dan Islam (kelas pemuja Najib), majoriti ahli PAS juga Melayu dan Islam (kelas pemuja Haji Hadi), mereka berkongsi kek yang sama. Syarat untuk kerjasama ini saling melengkapi. Kerana itulah hari ini, PAS juga sudah pandai pakai tengkolok dan keris. Bukan sebab PAS sudah ada kesedaran terhadap budaya pun, mereka masih mengharamkan wayang kulit dan tarian.

Kita boleh melihat mengapa lebai PAS merasakan tidak ada keperluan untuk menukar Umno dan Najib walaupun mereka tahu, Umno ini sudah sakit tenat dengan korupsi. Mengapa? Kerana mereka tahu, Najib memerlukan kepakaran mereka menggunakan hujah agama dan ayat-ayat Tuhan bagi menstabilkan imej Najib dimata rakyat, Melayu Islam.

Kita dapat lihat lagi apabila PAS mahu bertanding di semua kerusi pilihanraya, tetapi pada masa yang sama mereka sanggup kalah di semua kerusi asalkan Umno menang maka mereka boleh menjadi penasihat Umno dan meneruskan ceramah agama mereka.

Apakah maksud menjadi penasihat Umno atau Kerajaan Umno BN?

Sungguh pun PAS menamakan ini sebagai politik matang dan sejahtera, hakikatnya ini bermaksud politik carma (cari makan). Semua ini adalah survival politik kuasa PAS dan Umno Najib.

Ia tiada kena mengena dengan survival rakyat yang sedang sakit membengkak akibat kecuaian pentadbiran Umno BN. Ini juga tiada kena mengena dengan ancaman Evengalis kristian, ancaman DAP atau Yahudi.

Harga bagi talian hayat untuk PAS ini adalah dengan menghalalkan kecuaian dan korupsi kerajaan Najib Tun Razak. – Roketkini.com

Pasai apa tak hantaq nota protes kat kedutaan US...

There has been no protest note from Malaysia to the US Department of Justice (DOJ) despite numerous cabinet minister’s claim that the DOJ’s 1MDB-linked civil forfeiture suit was a form of interference.

A US embassy spokesperson told Malaysiakini confirmed that no correspondence from Putrajaya has been received following the DOJ’s last court filing last Thursday to seize more 1MDB-linked properties valued at US1.7 billion.

“None that we are aware of,” said the embassy’s press relations officer Drake Weisert when contacted today. Continue reading...

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur membuat kenyataan bahawa sehingga kini tidak ada sebarang bantahan rasmi daripada Kerajaan Malaysia telah diterima oleh Jabatan Penghakiman Amerika Syarikat atau US Department of Justice (DOJ) berkenaan kes penyelewengan wang berbilion Dolar Amerika dari syarikat 1MDB. 

Maksudnya segala tuduhan dan tohmahan bahawa US DOJ berkonspirasi untuk jatuhkan MO1 hanya "bising tin kosong" sahaja oleh pemimpin UMNO yang tidak tahu bagaimana lagi hendak menjawab hujah yang begitu terperinci dan kenyataan rasmi US DOJ itu.

Mereka sudah mati akal. Maka keluarlah kenyataan media yang menunjukkan pemikiran kebudak-budakan yang 'immature' atau kurang matang.

Dua tahun sudah berlalu sejak MO1 "mengancam" untuk saman Wall Street Journal. Kertas dan dokumen dalam fail peguam beliau pun sudah jadi kuning. Tak lama lagi kerusi meja pejabat peguam beliau pun mungkin dimakan anai-anai. Tetapi masih belum saman Wall Street Journal lagi.

Sekarang timbul pula tuduhan konspirasi terhadap Jabatan Penghakiman Amerika Syarikat.   

Sebagai Kerajaan sesebuah negara yang merdeka dan bermartabat dalam dunia, Kerajaan pimpinan MO1 mempunyai beberapa saluran yang sah dan rasmi untuk menangani 'konspirasi' oleh Jabatan Penghakiman Amerika Syarikat (US DOJ).

1. Pertama Kementerian Luar Negara (Anifah Aman) boleh memanggil Duta Amerika datang menghadapnya untuk memberi penjelasan dan juga diberi teguran oleh Kerajaan Malaysia.  Ini pun masih belum di buat.

2. Pejabat Perdana Menteri boleh membantah secara rasmi kepada Jabatan Luar Amerika Syarikat (US State Dept) atau terus kepada US DOJ.  Sepertimana boleh disangka, Jabatan Perdana Menteri terlalu takut untuk membuat apa jenis bantahan pun.

3. Untuk membantah konspirasi US DOJ untuk jatuhkan MOI, Malaysia boleh putuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.  Tetapi ini pun tidak akan dibuat oleh kerajaan MOI.

4.  Kerajaan MOI boleh menghantar wakil Pejabat Peguam Negara untuk menghadiri dan mencampuri (intervenor) kes sivil US DOJ di mahkamah di Los Angeles, California.  Tetapi ini pun tidak akan dibuat oleh Kerajaan MO1.

5. Menteri B dan M boleh kumpulkan rakan-rakan yang berekor untuk membantah di depan kedutaan Amerika Syarikat,  contohnya selepas sembahyang Jumaat akan datang. Tetapi ini pun tidak akan dibuat oleh Menteri B dan M. 

Jabatan Penghakiman Amerika Syarikat (US DOJ) mempunyai senjata yang sangat besar dan berkuasa  yang sangat menakutkan MO1 dan gerombolannya.  Senjata itu adalah warrant tangkap atau warrant of arrest bagi MO1, isteri dan anak tiri MO1.  

Percayalah, Warrant of Arrest ini 100% pasti akan menjadi bila kes 1MDB dimajukan lagi mengikut proses penghakiman Amerika Syarikat - ia itu secara slow tetapi sangat steady.

Dan sebelum warrant of arrest dikeluarkan, MO1 serta isteri MO1  sudah tidak boleh melawat atau menjelajah ke mana-mana negara luar lagi, walaupun mewakili negara secara rasmi.

MOI dan isterinya bakal menjadi pemimpin kerajaan yang pertama ditangkap oleh FBI atau mana-mana jabatan polis negara lain yang bekerjasama dengan US DOJ. 

Ianya sudah tentu akan menjadi satu peristiwa yang sangat memalukan sejak orang Melayu mula bertamaddun dan berkerajaan.  Tetapi ia tetap akan berlaku. - ostb

Image result for isa samad n wife tumpang sekole
MACC to question Isa and wife
What about the IGP?...

Former Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) chairman Tan Sri Isa Samad and his wife have been called by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to have their statements recorded. Sources told the New Straits Times that the commission has summoned the couple to its headquarters in Putrajaya tomorrow at 10am.

Yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced that Isa had voluntarily relinquished his post as FGV’s chairman, and appointed Tan Sri Sulaiman Mahbob as acting chairman. FGV is currently being investigated by MACC for possible misconduct and abuse of power following a boardroom tussle between Isa and suspended chief executive officer Datuk Zakaria Arshad.

On June 9, the NST reported that one of MACC’s focus areas was on alleged power abuse by a top official who had allowed FGV to pay for his wife’s travels on first-class flights although she is not entitled to such benefits. Sources said this was among the details included in the documents that had been seized by the MACC earlier this month from the FGV headquarters at Menara Felda.

Doraemon was already caught and suspended by UMNO once for involvement in money politics. 

He has never denied that his wife did travel on first class at the expense of FGV.  

I think Malaysians are not surprised at all with this news.

What will be surprising is if MACC pushes this case for prosecution at all.  That will be surprising.  This is Big Fish.

Doraemon has strong cables with Chief Thief.

What has happened to that IGP's telephone calls with that Gopi fellow?

The US DOJ's court filing has completely overshadowed the juicy revelations about Gopi's telephone calls to the IGP, his son and his brother in law. 

- And the IGP has not denied receiving those phone calls. 
- The MACC says they may call the IGP for questioning. 
- MACC will call IGP regarding probe on corrupt cops if there is a need to
- depends whether or not to (call IGP)," MACC chief Dzulkifli Ahmad 
- 12 suspects, mostly police, arrested by MACC in "Ops Gopi"
- key suspect Gopinathan pivotal in managing police protection 
- across gambling dens and prostitution houses ...Read more here

The gomen and administration of this country has really gone to the dogs.

Day in, day out, week after week, month after month, year after year it is corruption, abuse of power, embezzlement, MACC arrests, MACC investigation. Without end. - ostb 

Related image
Pakatan is testing the water 
for Mahathir’s interim premiership...

In politics, nothing happens by chance. The recent comments by two leaders of DAP is a case in point.

First Zaid, the ex-minister for law in the BN government and now an important voice in DAP, suggested that Mahathir Mohammed should be prime minister. 

Then Lim Kit Siang, the elder statesman of the party, lauds Mahathir for “making Malaysians proud”. He conveniently brushed aside Mahathir’s sins with the one line that he has not forgotten about the wrongs done by the ex- prime minister. It may be that he has not forgotten, but it certainly seems that Kit Siang has forgiven Mahathir. Not millions of Malaysians, I don’t think. 

There was no murmur of objection from Amanah. And although some PKR members picketed for Anwar Ibrahim to be prime minister, leaders of the party were strangely quiet, or at least did not make a fuss about the call for Mahathir to be prime minister. 

There were even suggestions that Mahathir could be the “interim prime minister”.  A compromise? Perhaps,  a move to hold the opposition coalition together? Maybe a face-saver for Anwar who has been all but forgotten in the quest for power? Looks like it. 

All this is too much of a coincidence – as they say, “no smoke without fire”.

Mahathir is soiled goods

Both Zaid and Kit Siang are flying kites – testing the political wind (see what the public reaction is); preparing the public for the time when Pakatan Harapan announces Mahathir as the “interim prime minister” should they win GE14. This is a bad idea!

Mahathir is damaged goods the public will not buy, even if Zaid thinks otherwise. He has has cost the nation too much.  His gambles and ego projects – Cornering the tin market, Forex dealings, Proton and Petronas Twin Tower. He caused irreparable damage to our judiciary; entrenched institutional racism in the country and started the slide in our educational standards. He cannot be trusted to run the country again – not even for a day. 

Defination of "interim" 

How long is “interim”? Does it mean Mahathir becomes prime minister until Anwar can take office? Or until someone suitable is ready to take over? When will that be?

One way for Anwar to take office is if he is given a pardon by the King. And for that to happen the prime minister must recommend it. Will P.M. Mahathir do that? Very unlikely! It was Mahathir who put Anwar in jail the first time. It was Mahathir who thought Anwar was unfit to be prime minister. Has he changed his mind? That Anwar was innocent in the first place; and Anwar is fit to be prime minister. That he, Mahathir, was wrong?

My guess is that the length of Mahathir’s “interim prime ministership” will be until his son is ready to take over – that’s how long ‘interim” is. 

Once Mahathir has his feet under the desk, it will be almost impossible to shift him. As prime minister he calls the shots. In Westminster tradition, the cabinet is his – he does the hiring and firing. And if he fixed Anwar, what makes you think he will not fix anyone who dares challenge him? 

Pakatan Harapan leaders may think that Mahathir is an asset to the Opposition; but many think he is a liability. Already we have seen members of DAP resign from the party on their leaders’ volte-face concerning the ex-prime minister.

Mahathir's overrated drawing power

Many voters feel likewise – you can’t for decades curse the man and suddenly embrace him like a long lost brother, it reeks of desperation.  Are we so bankrupt of talent that we have to accept “soiled goods”? What little remains of the drawing power of Mahathir among the Malays is overrated. The truth is the Opposition does not need Mahathir to win GE14, Najib is doing a good job to win it for the Opposition.  

But if he wants to contribute let him do so without giving him the reins of power – even on an “interim” basis. 

Mahathir is the best political operator this country has ever produced – bar none! This he would have demonstrated again if his partners in Pakatan Harapan accept him as “interim prime minister”. 

I don’t think Malaysians will, even when Anwar Ibrahim has declared that he will not accept to be the next prime minister. 

If it’s anyone but Najib/UMNO, then double that for Mahathir. - Mariam Mokhtar   



Photo published for Cuepacs seeks 3% hike in salaries for civil servants

Image may contain: text
Penyangak Cari Lubuk Baru...

Nordin bin Hanafi telah meninggal dunia awal pagi ini.
 "Cikgu suka main bola.,hari2 cikgu tido... Alfatihah utk arwah.

cheers.

No comments: