07 August 2017

Hanipa - Saya tak jadi ucap tahniah pada PAS...


Pemimpin atasan PAS dinasihat tidak menjaja cerita kepada anggota bawahan kononnya presiden mereka sudah memenangi perbicaraan saman ke atas portal Sarawak Report.

Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin(pix,bawah), menjelaskan sebenarnya perjalanan perbicaraan itu masih jauh dan apa yang berlaku semalam masih di peringkat sangat awal.

Kata Hanipa sebenarnya perbicaraan belum pun bermula dan PAS tidak memenangi perbicaraan penuh, sebaliknya ia masih di peringkat pengurusan kes.

"(Sebenarnya) permohonan Sarawak Report untuk meminta PAS membayar apa yang dipanggil security for cost ditolak mahkamah dan seperti yang diduga portal itu diperintah untuk membayar kos kepada parti suci sebanyak sebanyak £15,000 (RM83,719).

"Saya harap parti suci tidaklah menjual (cerita) pada orang kampung di bawah yang ia sudah menang bicara. Belum lagi..." katanya hari ini.

Itu hal lumrah

"Parti suci" yang digunakan Hanipa istilah sinis yang merujuk kepada PAS.

Hanipa yang pernah menjadi pengerusi biro undang-undang PAS menulis begitu sebagai mengulas "perkembangan positif" saman Abdul Hadi ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menjelaskan Clare diperintah mahkamah London untuk membayar presiden PAS itu sekurang-kurangnya £15,000.

Mahkamah pada 2 Ogos lalu dilaporkan memihak kepada Abdul Hadi selepas Clare meminta deposit wang sebagai jaminan keselamatan, sekiranya presiden PAS itu kalah dalam kes berkenaan.

Ahmad Shamsuri berkata mahkamah juga telah menerima tawaran Abdul Hadi untuk membayar RM80,000 sebagai deposit keselamatan.

Kata Hanipa (gambar) apabila membaca laporan disiarkan Malaysiakini semalam beliau bercadang mahu menulis ucapan tahniah kepada PAS kerana menang dalam saman berkenaan.



Kita saja nampak besar

Bagaimanapun, selepas membaca kandungan penuh berita itu, kata Hanipa, apa yang difikirkan pada awalnya berbeza daripada keadaan sebenar.

Kata Hanipa memang menjadi lumrah dalam kes saman sivil pihak seperti Sarawak Report memohon pihak luar dari United Kingdom (UK) membuat bayaran jaminan.

Menurutnya keadaan sama juga berlaku di Malaysia jika peguam di sini mewakili pelanggan tempatan menyaman pihak luar negara yang tidak tertakluk kepada perundangan di sini.

"Asas security of cost yang didepositkan di mahkamah adalah pihak seperti Sarawak Report ingin memastikan jika pihak luar kalah dalam perbicaraan dan diperintah membayar kos, ia masih terjamin walaupun arahan itu diingkari," katanya.

Dalam undang-undang juga, kata Hanipa, ada frasa cost follows the event bermaksud pihak yang kalah perlu membayar kos kepada pihak yg menang.

"Oleh kerana Sarawak Report kalah dalam permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya parti suci membayar security for cost, maka mereka kena bayar kos permohonan itu seperti yang dilaporkan. Itu biasa.. tiada yang luar biasa," katanya.

Hanipa juga menyatakan dalam konteks UK, nilai £15,000 itu tidaklah dianggap begitu besar tetapi keadaan menjadi sebaliknya jika ditukarkan kepada mata wang Malaysia.

"Memanglah nampak besar sebab mata wang kita kecil dan lemah!" katanya.- mk

Malay rulers can protect people 
from 'power struggle'...

The Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah said the Malay rulers were in the best position to protect the interests of the people from being hit by "waves of power struggle".

He said the Royal Institution was a continuation of tradition in maintaining the nation's identity, a symbol of sovereignty which is the crown of the nation.

"The Malay Rulers are in the best position to protect the interests of the people," he said at the ‘Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat’ or “Strengthening National Pillar: Towards A More Tangible Will’ convention in Putrajaya today.

He said the basic things, especially those touching on Islam and the Malays which had been agreed upon during the enactment of the Constitution, should not be traded for the purpose of achieving short-term political gains.

The fundamental principles should not be sacrificed in trying to protect any party, organisation or individuals.

"The fundamental principles touching on Islam and the Malays should never be compromised."

"Whatever the excuses, whatever tricks there may be in achieving the short-term goals of any party, the fate of the ummah (Muslims) must not be put at stake today or in future,” he said.

Sultan Nazrin Shah said that it was the responsibility of the rulers to observe, monitor and to have the courage to tick off those running the administration to ensure that they were transparent, sincere, accountable and honest in carrying out their responsibilities for the overall peace, prosperity and well-being of the nation.

He said the ruler was not merely there to fulfill the traditional functions of a constitutional monarchy or as a symbol of power in performing ceremonial tasks.

"The ruler is not just a rigid decorative monument, who is lifeless and with no soul. Rulers are not blind, deaf and dumb. Continue Reading...

Raja Melayu bertanggung jawab lindungi rakyat dari perebutan kuasa

CJ's extension turns murkier with omission of JAC
Story kat SINI dan SINI  

Photo published for Mengapa rakaman Zahid-Dr M belum didedahkan, soal Kit Siang
Mengapa rakaman Zahid-Dr M belum didedahkan lagi?
Story kat SINI dan SINI  

Image may contain: 1 person, text
Image may contain: 2 people, text

cheers.

No comments: